Friday, 26 August 2011

cAra-caRa nAk inGaT =)

tips-tips berguna!!

Secara kebetulan nama-nama Perdana Menteri Malaysia tersusun mengikut perkataan RAHMAN.Dengan ini,dapat memudahkan sesiapa sahaja mengingat kesemua Perdana Menteri Malaysia yang telah berkhidmat di negara kita.Pada pendapat kami,susunan nama ini sangat strategik dan unik.



Wednesday, 24 August 2011

JALUR GEMILANG

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri:
  1. Johor
  2. Kedah
  3. Kelantan
  4. Melaka
  5. Negeri Sembilan
  6. Pahang
  7. Pulau Pinang
  8. Perak
  9. Perlis
  10. Sabah
  11. Sarawak
  12. Selangor
  13. Terengganu
  14. Kerajaan Persekutuan
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
Jalur Gemilang



JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

PenuBUHAn MaLaysIA

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.
                          INILAH BENDERA YANG MENJADI KEBANGGAN KITA SELAMA INI

ZAmAn PenJajaHan Di MalAySia

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

KEMERDEKAAN PERLU DIJAGA!!!!!!!!

Motto: "Janganlah kamu menjadi budak (hamba) seseorang, karena Allah telah menciptakan kamu dalam keadaan Merdeka." (Mutiara kata dari Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Thalib k.w.)
Kemerdekaan ataupun kebebasan menurut Islam bila kiranya seseorang, sesuatu bangsa ataupun sesuatu ummat mendapat kemerdekaan ataupun kebebasan dari penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir ataupun bathin. Manusia Merdeka bebas untuk mengatur diri mereka, tanpa ada kungkungan dari orang lain.

Ummat yang merdeka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan  untuk diri, bangsa ataupun untuk kepentingan ummat seluruhnya, tanpa  kuatir kepada makhluk yang menghalanginya, tiada yang ditakutinya kecuali  hanya Allah s.w.t.. Segala tindakannya berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi  s.a.w.
Oleh karena itu Islam terlebih dahulu memerdekakan manusia kepada hanya  menyembah Allah s.w.t. yang telah menciptakan dirinya dan alam seluruhnya. Seseorang itu barulah menjadi Mukmin bila kiranya dalam hatinya  sentiasa ujud kalimah Kesaksian (pengakuan) :   
Lailahaillallah Muhammadurrasulallah." Tiada tuhan hanya Allah dan Muhammad pesuruhNya. Menjadi matlamat hidupnya, sesungguhnya : “Solatku, ibadahku,  hidup matiku, adalah untuk Tuhan seru sekalian alam.”
Allah berfirman yang maksudnya:
"Janganlah kamu adakan Tuhan yang lain bersama Allah. Sungguh aku memberi peringatan yang terang kepadamu dari padaNya."
(Q.S.Azzariyat:51)
Manusia yang merdeka akan melahirkan para pemikir yang baik dan ikhlas, karena dengan kemerdekaan itu dia tidak ragu-ragu untuk memberikan pendapat yang benar dan adil secara ikhlas, dengan mengharapkan semata-mata keredhaan Allah s.w.t.
Manusia Merdeka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. akan diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t .ke jalan yang terang benderang seperti para Nabi dan Rasul, dan orang-orang Soleh, yang telah menyelamatkan ummat manusia dari jurang kesesatan dan kehancuran.
Ada juga manusia, bangsa atau ummat meskipun lahirnya mereka telah mencapai Kemerdekaan ratusan tahun, akan tetapi jiwa mereka telah dijajah oleh Hawa Nafsu jahat sehingga yang menjadi Tuhan mereka yang sebenarnya hanyalah Hawa Nafsu, sehingga apa yang dilakukannya akan membawa bencana kepada seluruh Ummat manusia. Mereka berbuat sesuatu tindakan hanya berpandukan Hawa Nafsu, sehingga mereka tidak dapat membedakan antara yang benar dengan yang salah, antara yang baik dengan yang buruk.
Meskipun seluruh dunia mengutuk tindakan yang mereka lakukan, yang telah membawa malapetaka kepada manusia yang tidak bersalah, manusia seperti ini tetap degil dan menganggap diri mereka saja yang benar sebagaimana firman  Allah yang bermaksud:
Adakah engkau lihat orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya, karena mengetahui (kejahatan hatinya) dan mencap (menutup) pendengaran dan mata hatinya dan mengadakan tutupan diatas pemandangannya. Maka siapakah yang akan menunjukinya sesudah Allah? Tidakkah kamu menerima peringatan? (Qur’an. S.Al-Jatsiyah: 23)
Jadi Islam terlebih dahulu memerdekakan Rohaniyah manusia, disamping  membebaskan Jasmaniah manusia. Kedua-duanya perlu (penting) memperoleh  Kemerdekaan.
Jika lahiriyah saja yang merdeka akan tetapi jiwa yang didalamnya  yang tak kelihatan seperti pemikiran, perasaan masih dijajah, maka hasilnya nanti hanya akan menguntungkan sipenjajah juga. Oleh karena itu Islam sangat mementinngkan kita hanya semata-mata menyembah Allah s.w.t. bukan makhluk lain, yang semua mereka juga diciptakan oleh Allah s.w.t.
Untuk memperoleh Kemerdekaan lahir dan bathin bukanlah mudah, perlulah  diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh tanpa berhenti atau menyerah kalah. Tabah menghadapinya dan banyak pengorbanan yang perlu diberikan, ada kalanya perjuangan itu akan berpanjangan dan mereka yang telah merintisnya terpaksa menjadi korban kezaliman, korban penculikan, korban penganiayaan, korban pembunuhan, dan berbagai korban lainnya.
Meskipun demikian bila datang kebenaran, maka yang bathil akan musnah, keadilan dan kebenaran akan menjelma. Kebenaran itu dari Tuhanmu, oleh itu janganlah ragu-ragu . Bila datang kebenaran maka yang bathil itu akan musnah. Asalkan kita sanggup sabar dan tabah dalam memperjuangkannya, dan sanggup berkorban apa saja, baik fikiran, tenaga harta dan nyawa, ataupun apa saja yang kita miliki.
Oleh itu marilah kita jaga “Rumah Kemerdekaan” ini dengan sebaik mungkin dan hindarkan diri kita dari hal-hal yang boleh mencemarkan Rumah Kemerdekaan yang telah diperjuangkan sejak zaman berzaman. Hindarkan diri kita dari deperalat oleh mana-mana pihak yang ingin merampas Rumah Kemerdekaan ini dan menjadikan kita semua sebagai budak abdi mereka. Jadikanlah Kemerdekaan  ini  sebuah Negara yang Adil dan Makmur serta  mendapat Keampunan dari Ilahi.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
Disini saya sertakan sebuah puisi bagi mengenang dan menghargai pengorbanan yang telah diberikan oleh para perintis kemerdekaan, semoga Allah menerima segala amal bakti mereka. Kepada  generasi penerus kita do’akan semoga mereka meneruskan perjuangan para pahlawan  hingga mencapai ketaraf terbilang Insya Allah.
HARAPANMU KAMI TUNAIKAN
Pahlawanku berjuang,
berkorban apa saja untuk mencapai Kemerdekaan,
jalan yang  diredhai Tuhan.

Pahlawanku terus berjuang,
 Ramai yang ditindas, dianiaya dan dibunuh,
 gugur shahid kembali kepada Ilahi, mendapat  jannatunnaim.
Seperti firmanNya: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada Mukminin, diri mereka dan harta mereka dengan Shurga.

Kami diciptakan dalam keadaan Merdeka,
Insya Allah kami pertahankan Kemerdekaan,
dengan segala apa anugerah yang telah kami miliki,
menuju Negara yang Adil dan Makmur serta mendapat
ampunan dan keredhaan Ilahi.

Tempat bersejarah Malaysia..;

 Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah artikula penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").



Selepas penawanan Portugis

A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

 Penaklukan oleh Belanda

Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

Pentadbiran oleh British

Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran.
Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India.
Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan.
Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.
Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.
Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.
Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.

 Penemuan arkeologi

Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka.Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut.  Koperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824.
Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Kubu Santiago dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan.

Tuesday, 23 August 2011

Sejarah MALAYSIA !!

Sejarah Malaysia.png


Malaya British secara kurang tepat diperihalkan sebagai sekumpulan negeri di Semenanjang Tanah Melayu yang dijajah oleh British dari abad ke-18dan ke-19 sehingga abad ke-20. Sebelum pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, tanah-tanah jajahan ini tidak diletakkan di bawah sebuah pentadbiran tunggal yang disatukan. Sebaliknya, Malaya British terdiri daripada Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu. Malaya juga merupakan salah satu negeri naungan British yang paling menguntungkan disebabkan ia adalah pengeluar timah dan kemudiannya getah yang paling besar di dunia.
Malayan Union dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada16 September 1963, sebuah persekutuan yang lebih besar yang dikenali sebagai Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Penglibatan permulaan British dalam politik Melayu

Pihak British mula-mulanya terlibat dalam politik Melayu ketika ia mencuba mengasaskan pos-pos perdagangan di Pulau Pinang, ketika itu sebahagian Kedah, pada tahun 1771, Melaka pada 1790 dan Singapura pada tahun 1819.

Kedah dan Pulau Pinang

Rencana utama: Sejarah Pulau Pinang moden
Pada pertengahan abad ke-18, syarikat-syarikat British boleh didapati berdagang di Semenanjung Tanah Melayu. Pada April 1771, Jourdain, Sulivan dan de Souza, sebuah syarikat British yang berpusat di Madras, India menghantar Sir Francis Light untuk berjumpa dengan Muhammad Jiwa Shah, sultan Kedah, bagi membuka pasaran perdagangan di negeri itu. Light juga merupakan kapten dalam Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Georgetown, ibu kota Pulau Pinang. Di seberang selat ialah Seberang Perai (Province Wellesley) di tanah besar.
Pada waktu yang sama, Sultan Kedah menghadapi banyak ancaman luaran yang mencabar kuasa baginda di Kedah. Siam yang berperang dengan Burma melihatkan Kedah sebagai sebuah negeri lindungan, dan sering menuntut Kedah menghantar tentera bantuan. Bagaimanapun, Kedah berkeberatan bersekutu dengan Siam.
Melalui perundingan antara Sultan Kedah dan Light, Sultan Kedah bersetuju membenarkan syarikat Light membina sebuah pos perdagangan dan beroperasi di Kedah jika pihak British bersetuju memperlindungi Kedah daripada tekanan luaran. Light menghantar perutusan ini kepada orang atasannya di India. Bagaimanapun, pihak British memutuskan untuk menolak cadangan tersebut.
Dua tahun kemudian, Sultan Muhammad Jiwa mangkat dan diwarisi oleh Sultan Abdullah Mahrum Shah. Sultan baru itu terdesak dan menawarkan Light (yang merupakan wakil British) Pulau Pinang sebagai balasan untuk bantuan ketenteraan kepada Kedah. Light memberitahu Syarikat Hindia Timur Inggeris tentang tawaran sultan. Bagaimanapun, syarikat itu memerintah Light mengambil alih Pulau Pinang tanpa memberi sebarang jaminan bantuan ketenteraan yang dimintai oleh sultan. Light kemudian mengambil alih Pulau Pinang dan menjamin Sultan Kedah tentang bantuan ketenteraan walaupun ini bertentangan dengan kedudukan syarikatnya. Kemudian, syarikat itu membuat keputusan dan memberitahu Light bahawa mereka tidak akan memberi sebarang bantuan ketenteraan kepada Kedah. Pada Jun 1788, Light memberitahu Sultan Kedah tentang keputusan syarikatnya. Berasa ditipu, Sultan Kedah memerintah Light keluar dari Pulau Pinang tetapi Light menolak.
Penolakan Light menyebabkan Sultan Kedah mengukuhkan tenteranya dan mengubui Perai. Perai ialah pantai yang terletak di seberang sana Pulau Pinang. Menyedari bahaya itu, pihak British membakar kubu di Prai. Dengan kemenangan mereka, pihak British memaksa Sultan Kedah memeterai sebuah perjanjian yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang. Sebagai balasan, Sultan Kedah akan menerima sewa tahunan sebanyak 6,000 peso Sepanyol. Pada 1 Mei 1771, Union Jack dinaikkan secara rasmi buat pertama kali di Pulau Pinang. Pada tahun 1800, Kedah menyerahkan Perai kepada pihak British dan Sultan Kedah menerima 4,000 peso lagi sebagai sewa tahunan. Pulau Pinang dinamakan "Prince of Wales Island", manakala Perai di namakan semula sebagai "Province Wellesley".
Pada tahun 1821, Siam menyerang Kedah serta menjarah ibu kota Alor Star dan menduduki negeri itu sehingga tahun 1842.


Melaka

British merobohkan Kota A Famosa yang didirikan oleh Portugis atas alasan strategik.
Dari abad ke-16 hingga awal ke-19, Melaka ialah tanah jajahan Belanda. Semasa perang-perang Napoleon antara tahun 1811 dan 1815, Melaka, serupa dengan pegangan-pegangan Belanda yang lain di Asia Tenggara, berada di bawah jagaan British. Ini dilakukan untuk menghalang Perancis daripada menuntut hak milik Belanda di sana. Apabila perang berakhir pada tahun 1815, Melaka dipulangkan kepada Belanda. Pada tahun 1824, pihak British dan Belanda menandatangani perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Perjanjian ini, antara yang lain, memindahkan Melaka ke pentadbiran British secara sah di sisi undang-undang. Perjanjian itu juga merupakan perjanjian tunggal yang membahagikan kepulauan Melayu menjadi dua buah entiti yang berasingan dan menjadi asas kepada sempadan Indonesia-Malaysia kini.

Johor dan Singapura

Rencana utama: Penubuhan Singapura moden
1888 Peta Singapura Jerman.
Singapura Moden ditubuhkan oleh Sir Stamford Raffles dengan banyak bantuan daripada Mejar Farquhar. Sebelum menubuhkan Singapura, Raffles adalah Leftenan Gabenor Jawa dari 1811 hingga 1815. Pada tahun 1818, beliau dilantik sebagai Gabenor Benkulin. Menyedari bagaimana Belanda memonopoli perdagangan di Kepulauan Melayu, Raffles yakin bahawa pihak British memerlukan sebuah tanah jajahan perdagangan yang baru untuk menentang kuasa perdagangan Belanda. Penyelidikan berbulan-bulan membawanya ke Singapura, sebuah pulau di hujung Semenanjung Melayu. Pulau ini diperintah oleh seorang temenggung.
Singapura ketika itu di bawah penguasaan Tengku Abdul Rahman, Sultan Lingga-Riau, yang pula dikuasai oleh Belanda dan orang Bugis. Oleh itu, baginda tidak mungkin akan bersetuju dengan penubuhan sebuah pangkalan British di Singapura. Walau bagaimanapun, Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana kekandanya, Tengku Hussein atau Tengku Long, telah lama meninggalkan tempat asalnya untuk berkahwin di Pulau Pinang apabila Sultan Lingga-Riau, bapa mereka, mangkat pada tahun 1812. Menurut adat resam Melayu, seseorang putera harus berada di sisi sultan semasa sultan mangkat untuk melayakkan diri menjadi pewaris raja. Tengku Abdul Rahman berada di sisi bapa mereka ketika bapa mereka mangkat. Kekandanya tidak berpuas hati dengan perkembangan itu sementara temenggung Singapura lebih suka akan Tengku Hussein daripada adiknya.
Pihak British mengakui Tengku Abdul Rahman buat pertama kali sebaik sahaja mereka berada di Melaka. Bagaimanapun, keadaan itu kemudian berubah. Pada tahun 1818, Farquhar melawat Tengku Hussein di Penyengat, sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran dengan Bintan, ibu kota Kepulauan Riau. Di sana, rancangan-rancangan baru disediakan dan pada tahun 1819, Raffles membuat perjanjian dengan Tengku Hussein yang menyatakan bahawa pihak British akan mengakui Tengku Hussein sebagai pemerintah Singapura yang sah jika baginda membenarkan mereka mengasaskan sebuah pos perdagangan di sana. Perjanjian itu yang diratifikasi pada 6 Februari 1819 juga menyatakan bahawa Tengku Hussein dan temenggung akan menerima gaji tahunan daripada pihak British. Dengan pertolongan Temenggung, Raffles berjaya bertolak dari Penyengat ketika berpura-pura 'memancing ikan'. Selepas ketibaannya di Singapura, baginda dilantik dengan segera sebagai Sultan Singapura yang rasmi.
Belanda amat marah terhadap tindakan Raffles. Walau bagaimanapun, dengan pemeteraian Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda menarik balik sebarang tentangannya terhadap kehadiran British di Singapura. Dengan perjanjian tersebut, Kesultanan Johor dibahagikan kepada Johor moden dan Kesultanan Riau baru.

Negeri-negeri Selat

Setem pos Negeri-negeri Selat dari tahun 1883.
Rencana utama: Negeri-negeri Selat
Selepas pihak British menguasai Singapura daripada pihak Belanda melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British bertujuan untuk memusatkan pentadbiran Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Oleh itu, pada tahun 1826, sebuah rangka yang dikenali sebagai "Negeri-negeri Selat" ditubuhkan dengan Pulau Pinang menjadi ibu kotanya. Kemudian pada tahun 1832, ibu kotanya dipindahkan ke Singapura. Sementara tiga pegangan menjadi tulang belakang Negeri-Negeri Selat, Pulau Christmas, Kepulauan Cocos, Labuan dan Dinding di Perak kemudian diletakkan di bawah kuasa Negeri-negeri Selat.
Sehingga tahun 1867, Negeri-negeri Selat bertanggungjawab kepada pentadbir Syarikat Hindia Timur Inggeris di Kolkata. Bagaimanapun, para pentadbir Negeri-negeri Selat tidak berpuas hati dengan cara Kolkata menangani hal-ehwal mereka dan mereka merungut kepada London. Syarikat itu juga mencuba membatalkan taraf Singapura sebagaipelabuhan bebas pada tahun 1856.
Bagaimanapun, Syarikat Hindia Timur Inggeris dibubarkan pada tahun 1858 dan India dijadikan sebuah tanah jajahan. Disebabkan oleh kuasa Kolkata yang semakin merosot serta lobi para pentadbir Negeri-negeri Selat, tanah jajahan tersebut dikuasai secara langsung oleh Pejabat Kolonial di London dan diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Diraja. Pengisytiharan itu memberikan Negeri-negeri Selat banyak kebebasan dan kuasa di dalam Empayar British.
Pada tahun 1946 selepas Perang Dunia Kedua, tanah jajahan dibubarkan dan diserap ke dalam Malayan Union sedangkan Singapura dipisahkan daripada Union tersebut dan dibentuk sebagai sebuah tanah jajahan baru. Malayan Union kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, dan pada tahun 1963, Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah persekutuan yang lebih besar, dengan pemasukan Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.

Negeri-negeri Melayu Utara dan Siam

Tekanan British dan Perancis memaksa Siam untuk melepaskan tuntutannya terhadap wilayah Indochina dan Semenanjung Melayu.
Rencana utama: Perjanjian Burney
Rencana utama: Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909
Sebelum akhir abad ke-19, Syarikat Hindia Timur Inggeris hanya memberikan perhatian kepada perdagangan dan mencuba menjauhkan diri daripada politik Melayu dengan seberapa yang dapat. Bagaimanapun, pengaruh Siam di negeri-negeri Melayu utara, khususnya Kedah, Terengganu, Kelantan dan Patani menghalangnya daripada berdagang dengan aman. Oleh itu, pada tahun 1826, pihak British melalui Syarikat tersebut memeterai sebuah perjanjian dengan raja Siam yang dikenali sebagai Perjanjian Burney. Keempat-empat negeri Melayu tidak hadir semasa pemeteraian perjanjian itu. Dalam perjanjian itu, pihak British mengakui kedaulatan Siam terhadap keempat-empat negeri tersebut. Sebagai balasan, Siam menerima pemilikan British terhadap Pulau Pinang serta Seberang Perai (Province Wellesley) dan membenarkan Syarikat berdagang di Terengganu dan Kelantan tanpa halangan.
Hampir seratus tahun kemudian, sebuah perjanjian baru yang kini dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Siam 1909 atau Perjanjian Bangkok 1909 dimeterai antara kedua-dua kuasa. Dalam perjanjian baru ini, Siam bersetuju untuk melepaskan tuntutan mereka terhadap Kedah, Perlis, Terengganudan Kelantan, manakala Patani dikekalkan sebagai sebuah wilayah Siam. Perlis yang pada suatu masa merupakan sebahagian Kedah dipisahkan daripada Kedah semasa pemerintahan Siam. Bagaimanapun, daerah Satun di Kedah diilhakkan oleh Siam melalui perjanjian tersebut. Patani sebaliknya dipecahkan menjadi Patani, Yala dan Narathiwat selepas pemeteraian perjanjian itu.
Walaupun Raja Chulalongkorn dari Siam berkeberatan memeterai perjanjian itu, tekanan Perancis yang semakin meningkat di sempadan timur Siam memaksanya bekerjasama dengan pihak British. Serupa dengan Rama IV, Chulalongkorn berharap bahawa pihak British akan meninggalkan Siam sendirian jika baginda menyetujui tuntutan-tuntutan British. Lebih awal pada tahun 1893, Siam telah hilang kawasan Shan di Myanmar timur laut kepada pihak British. Garisan tanda sempadan ini sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian masih dikekalkan pada hari ini sebagai Sempadan Malaysia-Thailand.
Sultan-sultan Melayu tidak mengakui perjanjian tersebut. Bagaimanapun, baginda-baginda itu terlalu lemah untuk menentang pengaruh British. Selepas Perjanjian Bangkok, George Maxwell dihantar oleh pihak British ke Kedah sebagai penasihat sultan. Pihak British mengambil alih perancangan dan pelaksanaan ekonomi secara berkesan. Landasan kereta api dibina untuk mengaitkan Kedah dengan Siam pada tahun 1912, sedangkan reformasi tanah diperkenalkan pada tahun 1914. Hanya pada tahun 1923 bahawa sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Syah, menerima seorang penasihat British.
Perlis mengalami keadaan yang serupa. Rajanya tidak mengakui perjanjian 1909 tetapi pihak British merupakan pentadbir de facto negeri itu. Hanya pada tahun 1930 bahawa rajanya, Raja Syed Alwi, mengakui kehadiran British di Perlis dengan penerimaan Meadows Frost sebagai Penasihat British pertama di Perlis.